Maklumat Pembayaran Bil

Pembayaran bil air mesti dibuat dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas bil diserahkan kepada pengguna. Sekiranya tiada pembayaran diterima, notis pemotongan akan dikeluarkan dan bekalan air akan dipotong sekiranya bayaran gagal diterima dalam tempoh 14 hari selepas notis dikemukakan. Caj RM20.00 akan dikenakan untuk penyambungan semula.
Resit hendaklah disimpan dan sila tunjukkan resit semasa membuat pembayaran sekiranya jumlah tunggakan telah dibayar. Hanya resit rasmi akan diterima sebagai bukti pembayaran.
