Hotline PINTAS: 1-300-88-2572 Bantuan Aduan Pengguna »

Domestik

Apakah Terma Dan Syarat Bagi Permohonan Bekalan Air ?

Terma & syarat adalah seperti berikut :

  • Segala permohonan hendaklah melalui tukang paip yang berlesen (yang berdaftar dengan aksb) kepada unit kawalan kredit/permohonan baru untuk pendaftaran.
  • Permohonan dari (borang A,B dan C) hendaklah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pemohon.
  • Senarai permohonan bekalan air adalah mengikut kategori

Rumah Persendirian :

  • Lengkap dengan borang A,B dan C.
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Nama dan alamat tetap pemohon
  • Salinan geran tanah besertakan nama pemilik dan nombor pandaftaran geran
  • Salinan bil air bagi premis yang terdekat
  • Kelulusan plan dari AKSB disertakan dengan salinan plan tukang paip yang berlesen.
  • Tapak  tempat pemasangan paip hendaklah disediakan lengkap dengan nombor rumah, jalan dan kawasan yang telah diluluskan oleh Ketua Operasi Jajahan.
  • Sistem bekalan air yang telah diluluskan dan dikemas kini oleh AKSB.

Pemasangan air sementara :

  • Lengkap dengan borang A,B dan C.
  • Salinan geran tanah besertakan nama pemilik dan nombor pandaftaran geran
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan bil air bagi premis yang terdekat