Hotline PINTAS: 1-300-88-2572 Bantuan Aduan Pengguna »

Soalan-soalan Lazim

Bila bekalan air anda akan disambung semula?

Bekalan air akan disambung semula pada hari yang sama di mana semua bayaran tertunggak dijelaskan.

Bila meter anda akan dipasang setelah permohonan diluluskan?

Setelah selesai proses permohonan baru & mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh AKSB.

Di mana anda perlu salurkan setiap aduan tentang sebarang masalah berkaitan bekalan air?

  • Hubungi PINTAS di talian 1300-88-2572 (Pusat Info & Talian Info AKSB)
  • E-mel kepada pintas@airkelantan.com.my
  • SMS aduan anda kepada 019-9819 123

Jenis-jenis pemotongan bekalan air:

  • Penguatkuasaan pemotongan bekalan
  • Penutupan akaun atas permintaan pengguna

Kenapa pemotongan bekalan dikuatkuasakan?

  • Untuk memungut jumlah tertunggak dari pengguna
  • Untuk meningkatkan kecekapan aliran tunai
  • Untuk memberi kesedaran kepada pengguna betapa pentingnya menjelaskan bil mengikut tempoh ditetapkan

Bilakah penguatkuasaan pemotongan bekalan akan terjadi?

  • Pengguna gagal menjelaskan tunggakan dalam masa yang ditetapkan
  • Pengguna gagal untuk menjelaskan baki hutang tertunggak
  • Pengguna didapati membuat sambungan haram ke premis

Permohonan untuk menukar nama & akaun pengguna:

Proses penutupan akaun

  • Menjelaskan semua akaun yang tertunggak
  • Membawa salinan asal resit deposit
  • Salinan kad pengenalan penama

Proses penukaran nama & akaun pengguna

  • Salinan resit asal
  • Salinan bil air
  • Salinan kad pengenalan penama

Permohonan untuk penutupan akaun:

Pengguna boleh memohon untuk penutupan akaun atas sebab-sebab berikut:

  • Berpindah rumah
  • Premis musnah akibat kebakaran/bencana

Pengguna hendaklah menyediakan dokumen berikut untuk proses penutupan akaun

  • Surat permohonan penutupan akaun
  • Salinan asal resit deposit

Terma & syarat bagi Permohonan Bekalan Air Individu/Berkelompok:

Setiap permohonan hendaklah melalui tukang paip yang berlesen (berdaftar dengan AKSB) & diproses oleh Unit Permohonan Sambungan Baru untuk pendaftaran. Permohonan dari (Borang A, B dan C) hendaklah dilengkapkan dan ditandantangani oleh pemohon. Senarai permohonan bekalan air mengikut kategori:

Rumah Persendirian

  • Melengkapkan pengisian Borang A, B dan C
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Nama dan alamat tetap pemohon
  • Kelulusan pelan dari AKSB disertakan dengan salinan pelan tukang paip yang berlesen
  • Pelan tapak pemasangan paip hendaklah disediakan lengkap dengan nombor rumah, jalan dan kawasan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)
  • Sistem bekalan air yang telah diluluskan dan dihantar kepada AKSB

Pemasangan Air Sementara

  • Melengkapkan pengisian Borang A,B dan C
  • Salinan geran tanah besertak nama pemilik dan nombor pendaftaran geran
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan bil air bagi premis yang terdekat

Premis Perniagaan/Rumah Sementara

  • Melengkapkan pengisian Borang A,B dan C
  • Surat sokongan dari pihak berkuasa tempatan/Ketua Operasi Jajahan
  • Salinan lesen perniagaan
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan bil air premis yang terdekat
  • Salinan surat kelulusan dari pemilik tanah yang berkenaan

Perumahan

  • Melengkapkan pengisian Borang A,B dan C

Kontraktor

  • Melengkapkan pengisian Borang A,B dan C
  • Plan pembangunan yang diluluskan oleh Ketua Operasi Jajahan
  • Salinan bil air premis yang berhampiran dengan tapak projek