Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »

Syarat dan Proses Permohonan Pekerjaan

Jenis pekerjaan yang ditawarkan dari masa ke semasa adalah seperti berikut:

Peringkat Separa Mahir dan Perkeranian (SPM dan Sijil Kemahiran)

  • Juruelektrik/Chargeman
  • Penyelia
  • Kerani/Cashier
  • Pembaca meter

Pembantu operasi di unit-unit seperti:

  • Loji rawatan air
  • Agihan/pembaikian
  • Pengutkuasa
  • Tukar meter/sambungan baru
  • Telaga tiub
  • Kenderaan

Peringkat Diploma/Ijazah

  • Pengurus
  • Jurutera Awam
  • Jurutera Elektrikal/Mekanikal
  • Eksekutif
  • Pegawai Akaun
  • Penguasa
  • Pegawai Pembangunan Perniagaan
  • Penyelia

Spesifikasi kerja dan spesifikasi personel akan dimaklumkan melalui iklan yang disiarkan di ruangan Perjawatan. Bagi semua pemohon, anda dikehendaki mempunyai lesen memandu kelas B2 atau D (mengikut kesesuaian kerja) dan sijil kemahiran menggunakan aplikasi komputer iaitu MS Word dan MS Excel.

Bagaimana Memohon

Menulis surat permohonan, biasanya terdiri dari dua bahagian iaitu melalui:

Surat Permohonan
Ialah cara profesional untuk memperkenalkan diri anda dan ianya mestilah:

  • Pendek dan tepat
  • Menyatakan jawatan yang dipohon
  • Menggunakan kertas putih kosong saiz A4
  • Menyatakan sebab-sebab anda adalah calon yang sesuai
  • Menyatakan kemahiran yang anda miliki
  • Menjelaskan kenapa anda yakin jawatan tersebut sesuai untuk anda
  • Sudahi surat dengan ‘Yang Benar’

Resume
Merupakan bahagian penting sesuatu permohonan pekerjaan dan ianya mestilah ditaip dengan baik di atas kertas putih kosong saiz A4, tidak melebihi 2-3 mukasurat, ringkas, kemas serta tanpa kesilapan ejaan dan tatabahasa. Kandungan resume adalah seperti berikut:

  • Butir-butir Peribadi:- bahagian pertama resume hendaklah menyatakan nama, alamat, nombor telefon, tarikh lahir dan nombor kad pengenalan.
  • Maklumat Pendidikan:- senaraikan kelulusan, bidang pengajian, projek penyelidikan atau tesis dan Universiti/Kolej/Sekolah yang dihadiri termasuk tarikh-tarikh berkenaan.
  • Maklumat Pekerjaan:- semua pengalaman kerja termasuklah latihan ilmiah yang disediakan oleh sekolah atau kerja musim cuti. Jangan biarkan tempoh yang panjang yang tidak diambilkira. Nyatakan nama dan alamat majikan.
  • Kemahiran:- beri keterangan lanjut mengenai kemahiran yang anda miliki.
  • Lain-lain Maklumat:- nyatakan sekiranya anda adalah ahli sesuatu badan profesional, sukan atau badan amal.
  • Rujukan:- beri nama, alamat dan nombor telefon dua orang yang boleh dibuat rujukan mengenai diri anda.

Penyenaraian Pendek

Sekiranya anda memenuhi keperluan minimum, anda akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebelum ditemuduga,anda perlu hadir sekurang-kurangnya 15 minit sebelum masa yang dinyatakan. Pakaian hendaklah kemas. Anda hendaklah mengambil tindakan berikut:

Mengisi Borang Permohonan
Pastikan anda:

  • Membaca semua arahan dengan teliti
  • Bertanyakan soalan sekiranya kurang faham
  • Mengisi borang dengan tulisan yang jelas
  • Memenuhi semua ruangan
  • Tandatangan borang permohonan
  • Sediakan 2 keping gambar foto berwarna

Menduduki Ujian Bertulis
Bagi semua jawatan, anda diwajibkan menduduki ujian menggunakan MS Word dan MS Excel. Bagi jawatan peringkat Ijazah dan Diploma, ujian bertulis spesifik kepada setiap jawatan akan diadakan. Ianya dalam lingkungan 30 minit hingga 1 jam bergantung kepada jawatan yang dipohon. Ujian-ujian ini amatlah penting untuk anda membuat persediaan rapi.

Semasa Temuduga

  • Pastikan datang awal
  • Berpakaian dengan kemas dan sopan
  • Beri salam atau ucap selamat kepada panel temuduga dengan baik dan sopan
  • Pastikan anda dalam keadaan tenang
  • Jawab soalan dengan logik dan jelas
  • Beri ucapan terima kasih apabila temuduga tamat

Selepas Temuduga
Bagi mereka yang berjaya akan dimaklumkan tentang keputusan temuduga dalam masa terdekat. Sekiranya ada apa-apa kemusykilan dan sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami menerusi halaman “Hubungi Kami”.