Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »

MAJLIS MAKAN MALAM – APRESIASI MEDIA KELANTAN 2016 DAN LAWATAN KELAB MEDIA KELANTAN (KEMUDI) KE AKSB

Media merupakan rakan paling rapat AKSB dalam pemakluman sebarang aktiviti syarikat, samada aktiviti rasmi dan juga bukan rasmi. Sehubungan dengan itu, AKSB telah mengadakan satu majlis apresiasi bagi semua wakil media di Kelantan, sebagai penghargaan kepada mereka dalam merakam setiap aktiviti AKSB sepanjang tahun 2015.img_6462

Majlis Makan Malam Apresiasi Media Kelantan telah pun diadakan pada 13 Januari 2016, di Hotel Perdana, dan turut dihadiri oleh Dato Hj Hanifa Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Pengarah Eksekutif AKSB dan semua Ketua Jabatan AKSB serta Jurutera jajahan.img_6472

Pada 14 April 2016, AKSB telah menerima kunjungan hormat AJK Kelab Media Kelantan (KEMUDI), yang diketuai oleh Presiden nya, iaitu En Mohd Zailani Ab Rahman, bersama 3 orang AJK beliau. Pengarah Eksekutif juga telah berbesar hati untuk menyampaikan cek sumbangan dari AKSB kepada Presiden Kemudi untuk beliau dan AJK nya menjalankan aktiviti kelab yang telah dirancang.img_6455