Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »

TUNGGAKAN BIL AIR AKSB BERJUMLAH RM 22.358 JUTA SEHINGGA 31 MAC 2016

Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dengan ini ingin memaklumkan bahawa sehingga ke tarikh 31 Mac 2016, pengguna-pengguna bekalan air di negeri Kelantan masih lagi mempunyai tunggakan bil air yang aktif sebanyak RM22.358 juta. Dari jumlah ini, sebanyak RM13.490 juta adalah tunggakan dari bil-bil pengguna domestik meliputi rumah-rumah duduk dan kuarters kerajaan dan RM8.868 juta dari pengguna komersial.

Manakala tunggakan bil air bagi akaun yang tidak aktif (akaun telah dipotong) pula adalah berjumlah RM9.051 juta, di mana pihak AKSB telah pun melantik 3 (tiga) agen kutipan hutang iaitu Megamas Services Sdn Bhd, ANK Collection Centre (M) Sdn Bhd dan Pasadana Sdn Bhd bagi proses tuntutan selanjutnya.

AKSB dengan ini ingin memohon kepada semua pengguna bekalan air yang masih belum menjelaskan bil-bil mereka samada bil semasa atau bil tunggakan serta akaun yang telah dipotong bekalan airnya yang masih berhutang agar dapat segera melakukannya di pejabat-pejabat AKSB terdekat atau mana-mana agen kutipan bil seperti di bawah:-

Bil. Agen Kutipan Bil AKSB
1. Pos Malaysia
2. Agro Bank
3. Maybank Berhad (MBB)
4. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
5. RHB Bank (RHB)
6. Ambank
7. Bank Simpanan Nasional (BSN)
8. Affin Bank
9. Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)
10. Standard Chartered Bank (SCB)
11. Bank Rakyat
12. Bank Muamalat Malaysia Berhad

Kutipan ini juga bagi menampung kos operasi yang meningkat dari setahun ke setahun, dan AKSB menggesa agar pengguna tidak melengah-lengahkan pembayaran dan amat menghargai setiap bayaran yang dibuat demi memastikan AKSB akan memperolehi hasil yang mencukupi untuk terus maju dan dapat meningkatkan tahap perkhidmatan kepada rakyat Negeri Kelantan.   Sebagai langkah terakhir, sekiranya corak pembayaran pengguna aktif masih belum menunjukkan perubahan, AKSB tiada pilihan lain selain terpaksa membuat operasi pemotongan bekalan air secara agresif dan bersepadu dalam masa terdekat ini.

Sebagai panduan , jumlah tunggakan akaun aktif dan akaun tidak aktif mengikut jajahan adalah seperti berikut:

JAJAHAN

TUNGGAKAN AKAUN AKTIF

(RM JUTA)

TUNGGAKAN AKAUN TIDAK AKTIF (POTONG BEKALAN AIR)

(RM JUTA)

Kota Bharu 9.212 2.978
Pasir Puteh 1.482 0.557
Bachok 0.883 0.420
Machang 1.732 0.582
Kuala Krai 1.422 0.786
Tumpat 1.326 0.654
Gua Musang 1.704 0.703
Pasir Mas 2.277 0.955
Tanah Merah 1.730 1.222
Jeli 0.589 0.195
JUMLAH 22.358 9.051

Bagi pengguna tidak aktif, agen-agen kutipan yang dilantik oleh AKSB akan menghantar notis tuntutan atau menghubungi terus pengguna  melalui talian telefon dan sekiranya tiada maklumbalas atau bayaran dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, AKSB terpaksa mengambil tindakan seterusnya melalui saluran undang-undang.

Para pengguna boleh menghubungi pejabat AKSB Jajahan yang berdekatan untuk mendapatkan status tunggakan mereka, atau pun menghubungi PINTAS (Pusat Info & Talian Aduan AKSB) di talian 1300-88-2572 untuk sebarang keterangan lanjut.