Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »

PENYAMPAIAN CEK PELARASAN GAJI & CEK PELAN TAKAFUL KELUARGA

Pada 29 Mei 2016, pihak syarikat melalui Jabatan Pengurusan Modal Insan & Pentadbiran telah mengadakan satu majlis Penyampaian Cek Pelarasan Gaji Bagi Bekas Kakitangan, bertempat di Sutera Inn Hotel, Kota Bharu.

Seramai 72 orang bekas kakitangan AKSB telah hadir untuk menerima cek pelarasan gaji masing-masing, yang telah disampaikan sendiri oleh En Sanusi Hj Othman, Pengarah Eksekutif AKSB.

Dalam majlis yang sama, dua orang penerima cek di bawah Pelan Takaful Keluarga Berkelompok, iaitu Allahyarham Kamarulsufri @ Kamarul Sufian Bin Awang dan Allahyarham Mohd Zaki Bin Yusof, menerima cek sebanyak RM 80,000.00 dan cek telah disampaikan kepada kedua-dua balu nya, iaitu Puan Rolina Yunus dan Puan Mashitah Abd Rahman.

img_0017 img_9949

img_0031 img_0040