Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »

LAWATAN & SUMBANGAN PENGERUSI AKSB KE PONDOK PASIR TUMBOH

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada Madrasah Diniah Bakriah (Pondok Pasir Tumboh), di sini yang terbakar pada hari Jumaat, 17 Jun 2016 yang lalu.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Hj Hanifa Ahmad, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Air Kelantan kepada Setiausaha Pondok, iaitu Ahmad Shairazi Atiqullah. Turut hadir mengiringi YB Dato Hj Hanida Ahmad, adalah Ketua Jabatan Perniagaan & Korporat, Hj Muhammad Ibrahim.

Sumbangan itu akan dimanfaatkan untuk pembangunan semula pondok khususnya banguna asrama muslimat yang hangus dalam kebakaran itu, dan beliau sangat bersyukur dengan sumbangan ini yang dapat meringankan beban mereka dan berterima kasih kepada AKSB serta kerajaan negeri

Dalam kejadian kira-kira 6 petang hari Jumaat 17 Jun 2016 tersebut, asrama muslimat Pondok Pasir Tumboh yang menempatkan lebih 50 penghuni terbakar, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sejak itu, tabung kutipan dana untuk pembangunan semula bahagian pondok yang musnah diwujudkan termasuk maklumat mengenainya disebar dalam Whatsapp.

img_0945 img_0960 img_0976 img_0986