Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »

HARI KELUARGA AKSB 2016

Hari Keluarga AKSB 2016 telah diadakan pada 6 Ogos 2016 (Sabtu) bertempat di Perdana Resort, Kota Bharu dan merupakan acara dwi-tahunan yang dianjurkan.

Program ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Abd Rashid Mohd Yusoff, Pengarah Eksekutif AKSB, dan dihadiri kira-kira  1,500 orang, terdiri daripada  kakitangan dan ahli keluarga.

Program sehari ini berkonsepkan perkhemahan keluarga dan pertandingan sukan rakyat dengan penyertaan kakitangan, suami/isteri dan anak-anak bagi mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga kakitangan AKSB.

Sukan yang dipertandingkan bagi memeriahkan program terbahagi kepada 3 kategori iaitu lelaki dewasa, wanita dewasa dan kanak-kanak. Selain itu, cabutan bertuah juga turut disediakan kepada kakitangan yang hadir, di mana sebanyak 250 barangan berupa barangan elektrik, keperluan rumah dan hamper disediakan, serta sebuah TV LCD sebagai hadiah cabutan hadiah utama.

Semua kakitangan yang hadir juga diberikan T-Shirt bagi mewujudkan keseragaman program serta ‘goodies’ berupa makanan ringan untuk sajian sekeluarga.

Program berakhir pada jam 4.00 petang, dan  Pemangku Pengurus Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program dan kerjasama kakitangan serta ahli keluarga dalam memeriahkan Hari Keluarga AKSB 2016.

img_3250 img_3477 img_3786 img_3613 img_3543 img_3899img_3562 img_3763