Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »

AKTIVITI UNIT ASURANS KUALITI

Buat Julung kalinya Air Kelantan Sdn. Bhd. telah diberi peluang untuk menghadiri ke Majlis SIRIM – Industri 2016 kerana telah berjaya memperolehi pengiktirafan dalam skim-skim kualiti yang ditawarkan oleh SIRIM Berhad. Majlis tersebut telah diadakan pada 25 November 2016 bertempat di Grand Lagoon Ballrooom , Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya.

Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan publisiti kepada organisasi/syarikat yang telah berjaya memperoleh pensijilan di bawah skim-skim pensijilan SIRIM serta mewujudkan kesedaran orang ramai dan pihak pengguna akan perkembangan terkini mengenai sistem-sistem Pengurusan Kualiti, Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Pelabelan Eko serta Pensijilan Barangan.

Pemangku Pengurus Besar telah berbesar hati untuk menghadiri majlis tersebut bagi penerimaan Sijil Penghargaan dan Skim Pensjilan ISO/IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS). Turut hadir adalah Ketua Jabatan Kualiti & Asurans Kualiti, iaitu En. Mohd Ahsri Awang dan wakil dari Unit Asurans Kualiti iaitu Hajjah Sarina Mohamad Yusoff dan Puan Fathanah Abd Fatah.

Aktiviti Unit Asurans Kualiti :

Pada 28 & 29 September 2016 telah diadakan sesi Recertification & Upgrading Audit MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (SPK). Audit pada kali ini terdapat sedikit perbezaan berdasarkan perubahan versi MS ISO 9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015 juga penambahan dua (2) buah loji rawatan air iaitu Loji Rawatan Air Chicha dan Loji Rawatan Air Kg. Puteh manakala penambahan unit operasi jajahan pula sebanyak empat (4) buah jajahan iaitu AKSB Jajahan Kota Bharu Utara, AKSB Jajahan Kota Bharu Timur, AKSB Jajahan Kota Bharu Selatan, & AKSB Jajahan Bachok berbanding dengan Surveillance audit sebelum ini hanya tertumpu kepada Loji Rawatan Air Kelar sahaja.

Recertification & Upgrading Audit MS ISO 9001:2015 ini telah diaudit oleh Cik Zarinah Bacha sebagai Ketua Juruaudit, Ms Ng Wai Yee & Puan Puteri Arlydia Abdul sebagai auditor dari SIRIM QAS International. Hasil penemuan daripada audit tersebut terdapat lapan (8) ketakakuran minor untuk penambahbaikan dan bagi memastikan auditi mematuhi keperluan yang telah ditetapkan dalam standard MS ISO 9001:2015. Kesemua auditi mengambil maklum tentang ketakakuran minor ini dan mengambil tindakan susulan.