Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »

LAWATAN PIHAK PAAB KE AKSB PADA 27 SEPTEMBER 2016

Pada 27 September 2016, pihak Pengurusan PAAB yang di ketuai oleh Ketua Pegawai Operasi iaitu En Nor Ifuan Md Nor serta 9 pegawai pengurusannya  telah berkunjung ke Ibu Pejabat AKSB.

Ini adalah lanjutan dari Majlis Menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air di Kelantan yang telah di adakan di Putrajaya pada 14 September 2016 lalu. Tujuan lawatan pihak PAAB ke AKSB adalah untuk memberi penerangan secara terperinci mengenai tatacara pengurusan projek-projek baru yang bakal dilaksanakan oleh kedua-dua pihak di masa-masa akan datang serta proses bayaran balik selepas setiap projek dilaksanakan sepenuhnya.

Di samping itu, turut dibincangkan ialah mengenai pengurusan pinjaman Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Pusat bagi projek-projek bekalan air semasa era Jabatan Kerjaraya (JKR) dan juga projek yang telah dilaksanakan  semasa AKSB di bawah Rancangan Malaysia Ke 8, Ke 9, ke 10 & ke11. Semua hutang dari pinjaman tersebut akan dipindahkan ke PAAB dan sebagai balasan Kerajaan Kelantan melalui AKSB akan memindahkan aset-aset bekalan air (Tanah & Bangunan) yang terlibat  kepada PAAB selama 45 tahun. Aset tersebut kemudiannya dipajakkan kepada AKSB dalam tempoh 45 tahun di mana AKSB dikenakan bayaran sewa pajak bulanan sehingga keseluruhan hutang yang dipindahkan dibayar sepenuhnya oleh AKSB sebelum aset tersebut diserahkan kembali oleh PAAB kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

img_5149 img_5150 img_5155 img_5167 img_5171 img_5174