Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »

PELANCARAN KEMPEN KIBARAN JALUR GEMILANG, PERBARISAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2016 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini dimulakan dengan acara Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang, yang telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 16 Ogos 2016. AKSB juga telah menghantar satu kontinjen kecil seramai 10 orang, diketuai oleh Ketua Jabatan Perniagaan & Korporat.

Dalam pada itu, Sambutan Hari Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Kelantan telah pun diadakan pada 31 Ogos 2016, bertempat di Stadium Mini, Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Ketereh. Sebanyak 68 kontinjen telah mengambil bahagian dalam Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

AKSB juga telah menghantar kontinjen seramai 30 orang, diketuai oleh Hazwan Hassan selaku Ketua Kontinjen.

YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan telah hadir bagi menerima tabik hormat daripada kontinjen Angkatan Tentera Malaysia dan juga pembawa bendera Malaysia, dan antara pengisian program pada hari tersebut adalah Deklamasi Sajak, Pertunjukan Udara (kapalterbang kawalan jauh) serta Bacaan Ikrar.

Manakala pada 16 September 2016, AKSB juga telah menghantar kontinjen yang sama dalam Sambutan Hari Malaysia, yang telah diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, yang mana ianya telah disempurnakan oleh YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan bagi acara perasmian.

img_5973img_5959img_5697img_5955