Hotline PINTAS: 1-300-88-2572 Aduan Pengguna »

AKSB SERTAI PAMERAN & KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN DI PROGRAM CAKNA RAKYAT 2016 – DUN TEMANGAN MACHANG

Pada 15 Oktober 2016, AKSB telah menyertai aktiviti yang telah dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Temangan, Machang dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan Negeri Kelantan yang mengadakan Program Cakna Rakyat 2016 bertempat di Padang Simpul Belubang, Machang bermula 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Pihak AKSB telah menyertai pameran & pembukaan kaunter khidmat pelangan dengan menyediakan kaunter bayaran bil melalui van bergerak serta kaunter aduan bagi memberi peluang kepada pengunjung yang datang  ke majlis tersebut.

Pihak Ibu Pejabat AKSB dengan kerjasama pejabat AKSB Jajahan Machang telah membuka kedua-dua kaunter tersebut disamping edaran ‘Borang Kepuasan Pelanggan’ bagi pengunjung yang juga pelanggan AKSB. Maklumat dalam borang kepuasan pelanggan dapat digunakan oleh AKSB bagi membuat penilaian terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan serta sebagai panduan kepada pihak AKSB untuk membuat penambahbaikan perkhidmatan yang diberikan di masa-masa akan datang.

Pelbagai gerai telah dibuka di tapak program cakna rakyat di sana iaitu gerai-gerai aktiviti dan gerak kerja  di bawah kendalian DUN Temangan juga turut disertai oleh agensi-agensi lain selain seperti AKSB, Bomba, Tabung Haji, Agro Bank, AADK dan lain-lain. Majlis penutup dilaksanakan oleh YB Dato’ Dr Hj Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj Hassan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Kelantan yang juga ADUN Temangan.

2016-10-15-photo-00000864 2016-10-15-photo-00000855 2016-10-15-photo-00000854 2016-10-15-photo-00000836