Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »

KUNJUNGAN HORMAT PENOLONG PEGAWAI PEMERINTAH 60 RAJD (AW) KE AKSB PADA 11 OKTOBER 2016

AKSB telah menerima kunjungan hormat daripada Penolong Pegawai Pemerintah 60 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Pakar Pengendalian Air (AW), Mejar Mazlan Bin Mohd Zin pada  11 Oktober 2016 (Selasa) bertempat di Tingkat 3, Ibu Pejabat AKSB. Turut mengiringi beliau adalah Pegawai Waren 1, Rejimen Sarjan Mejar Abdul Razak Bin Muhamad. Kunjungan buat julung kalinya ini disambut baik oleh Pmk Pengurus Besar serta beberapa kakitangan pengurusan AKSB . Pmk Pengurus Besar dalam sesi perbincangannya menyatakan sangat berbesar hati atas kunjungan ini dan berharap kerjasama berterusan dapat diwujudkan antara AKSB dan 60 RAJD. Katanya, 60 RAJD telah banyak membantu syarikat dalam melaksanakan aktiviti terutamanya semasa krisis melibatkan kerja-kerja yang perlu disiapkan segera serta menjadi wakil syarikat dalam beberapa Misi Bantuan ke beberapa negeri yang berkaitan. Beliau berhasrat untuk lebih menggalakkan kakitangan menyertai 60 RAJD yang merupakan salah satu medan untuk kakitangan memantapkan lagi displin yang boleh diaplikasikan semasa melaksanakan tugasan rutin di AKSB.

Sementara itu, Mejar Mazlan menyatakan bahawa Latihan Kem Tahunan yang dilaksanakan sekali setahun selama dua minggu  sentiasa fokus kepada beberapa aspek antaranya melibatkan Latihan Rejimental ke arah memantapkan displin dan budaya tentera, latihan teknikal untuk menambahkan kepakaran anggota dalam bidang teknikal yang berkaitan serta lain-lain aktiviti untuk kemantapan moral dan nilai murni dalam diri setiap anggota. Beliau mengharapkan penyertaan lebih ramai kakitangan AKSB bagi menambahkan kekuatan Skuadron dan memastikan segala aktiviti dapat dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna.

Kunjungan hormat ini seterusnya disusuli dengan Mesyuarat Tinjauan yang dihadiri oleh Pegawai Pemerintah Skuadron Kelantan, Lt Tengku Iskandar Bin Tengku Ismail serta beberapa anggota Pentadbiran Kanan Skuadron untuk persediaan bagi mengadakan Mesyuarat Pegawai Pemerintah Skuadron yang akan dilaksanakan pada 5 hingga 7 November 2016 bertempat di Sudara Beach Resort, Melawi, Bachok.

img_5256 img_5262 img_5268 img_5272