Hotline PINTAS: 1-300-88-2572 Aduan Pengguna »

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR (KeTTHA) KE AKSB PADA 19 OKTOBER 2016

Pada 19 Oktober 2016, serombongan Pegawai tertinggi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KeTTHA) yang diketuai oleh Ketua Setiausahanya (KSU) Dato’ Seri Ir Zaini bin Ujang serta rombonganya yang terdiri dari Timbalan Ketua Setiausaha (Air & Pengurusan) Dato’ Tan Yew Chong, Penasihat Teknikal Projek-Projek Khas Dato’ Hj Mohd Akhir bin Md Jiwa, Ketua Pengarah Eksekutif  SPAN Dato’ Mohd Ridhuan bin Ismail, CEO IWK Dato’ Ir Abdul Kadir bin Mohd Din, CEO PAAB En Mahadzir Mustafa, COO PAAB En Abdul Hadi Ali serta Pegawai-pegawai kanan yang lain dari KeTTHA.

Sempana lawatan kerja tersebut, pihak AKSB telah memberi taklimat penuh mengenai penstrukturan semula industri bekalan air di Negeri Kelantan termasuk Perancangan CAPEX meliputi projek-projek bekalan air sedia ada, sedang dilaksanakan serta perancangan projek-projek yang bakal dilaksanakan bagi meningkatkan lagi  perkhidmatan bekalan air seluruh Kelantan. Turut disentuh ialah pembiayaan semula hutang Kerjaan Negeri Kelantan malalui perjanjian  penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air  di antara Kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Pusat dan Perjanjian Kemudahan & Perjanjian Kemudahan di antara AKSB dan PAAB yang telah ditantdatangani pada 14 September 2016 di Putrajaya.

Rombongan KeTTHA juga turut melawat Loji Rawatan Air Pintu Geng, Kota Bharu untuk melihat sendiri projek yang telah siap dilaksanakan menggunakan teknologi terkini dalam pemprosesan air terawat. Ianya melibatkan pembinaan telaga jejari atau’Horizontal Well (HCW) berkapasiti 30 juta liter sehari. Pembinaan komponen proses rawatan air menggunakan konsep ‘non-conventional method’ iaitu ‘ozonationa dengan bubbling floatation method of oxidizing iron & manganese’ tanpa penggunaan bahan kimia serta penggunaan ‘on-site chlorination using sodium hypochlorite’.

Pada sebelah petang pula rombongan yang diketuai oleh KSU   Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan di Kota Darulnaim, Kota Bharu. Satu  perjumpaan telah diadakan dengan Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Hj Ahmad bin Yakob disertai juga Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan YB Dato’ Hj Hanifa bin Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Hj Che Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan YB Dato’ Shahidani bin Abd. Aziz @ Juned dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan Tuan Hj Abdul Rashid bin Mohd Yusoff.

Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, rombongan KeTTHA sempat melawat Loji Rawatan Kumbahan Taman Desa Kemumin, Pengkalan Chepa bagi melihat perkembangan kerja menaiktaraf loji tersebut yang telah siap sepenuhnya di bawah projek Rancangan Malaysia Ke 10.

img_5744 img_5681 img_5665 img_5630 img_5472 img_5495 img_5563 img_5587 img_5594 img_5452 img_5419 img_5759