Hotline PINTAS: 1-300-88-2572 Aduan Pengguna »

PEMBAYARAN BIL AIR MELALUI JomPAY

Air Kelantan Sdn Bhd telah menyediakan beberapa alternatif saluran pembayaran bil bagi kemudahan pengguna. Saluran pembayaran tersebut adalah Kaunter ASKB, POS Malaysia, MPKB dan Internet Banking.

AKSB telah menambahkan lagi saluran pembayaran dengan menggunakan perkhidmatan JomPAY sebagai medium pembayaran bil air yang berasaskan internet atau telefon mudah alih yang membolehkan pengguna melakukan transaksi pembayaran bil secara online dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa sahaja dan lebih cepat, mudah serta selamat.

CARA PEMBAYARAN MELALUI JomPAY

Cari maklumat berikut pada bil anda:

1. Logo JomPAY    2. Biller Code    3. Ref-1: No. Akaun dan Ref-2: No. Bil

 

Log masuk ke perbankan internet & telefon mudah alih anda

 

Cari transaksi JomPAY / Logo JomPAY

 

Masukkan biller code (9217), Ref-1: No. Akaun dan Ref-2: No. Bil

 

Masukkan jumlah bayaran dan sahkan pembayaran.