Hotline PINTAS: 1-300-88-2572 Aduan Pengguna »

PEMBUKAAN KAUNTER BAYARAN BIL AIR & ADUAN PELANGGAN DI UTC KELANTAN

Bermula 16 Oktober 2016, AKSB telah dengan rasminya membuka Kaunter Bayaran Bil Air & Aduan Pelanggan di Urban Transformation Center (UTC) di Bangunan UTC Kelantan iaitu bersebelahan dengan KB Mall, Kota Bharu. Kedua-dua kaunter tersebut berada di tingkat 2 (Agensi-agensi kerajaan negeri) dan di buka untuk operasi harian bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari (termasuk hari Jumaat & Sabtu) kecuali cuti hari kelepasan am. Pelanggan kini boleh melakukan urusniaga bayaran bil air di kaunter AKSB di sana selain dari di pejabat AKSB Jajahan. Selain dari itu pelanggan AKSB juga boleh membuat aduan terhadapĀ  perkhidmatan bekalan air atau mendapat sebarang maklumat mengenai AKSB.

Selaras dengan pembukaan kaunter bayaran bil & aduan pelanggan di UTC, AKSB akan menutup kaunter bayaran bil & aduan pelanggan yang telah dibuka secara sementara di Loji Rawatan Air Kg Puteh, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu bermula 19 Oktober 2016. Walaubagaimanapun setelah pembinaan Ibu Pejabat AKSB yang terletak bersebelahan Loji Rawatan Air Kg Puteh siap dan dijangka dapat beroperasi pada awal tahun 2017, pelanggan boleh melakukan pembayaran bil air & membuat aduan di kaunter yang akan turut di buka di Ibu Pejabat AKSB nanti.img_6533 img_6536 img_6537 img_6539