Hotline PINTAS: 1-300-88-2572 Aduan Pengguna »

AKSB SERTAI PAMERAN & KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN DI PROGRAM CAKNA RAKYAT 2016 – DUN KOK LANAS

Pada 5 November 2016, AKSB telah menyertai aktiviti yang telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Kok  Lanas, Ketereh , Kota Bharu, Kelantan dalam Program Cakna Rakyat 2016 bertempat di Padang Bola Taman Mahang Perdana, Kok Lanas, Ketereh bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Majlis diresmikan oleh YB Dato’ Dr Hj Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Kelantan.  Pihak AKSB telah menyertai pameran & pembukaan kaunter khidmat pelangan dengan menyediakan kaunter bayaran bil melalui van bergerak serta kaunter aduan bagi memberi peluang kepada pengunjung yang datang  ke majlis tersebut.

Pihak Ibu Pejabat AKSB dengan kerjasama pejabat AKSB Jajahan Kota Bharu Selatan telah membuka kedua-dua kaunter tersebut disamping edaran ‘Borang Kepuasan Pelanggan’ bagi pengunjung yang juga pelanggan AKSB. Maklumat dalam borang kepuasan pelanggan dapat digunakan oleh AKSB bagi membuat penilaian terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan serta sebagai panduan kepada pihak AKSB untuk membuat penambahbaikan perkhidmatan yang diberikan di masa-masa akan datang.

Pelbagai gerai telah dibuka di tapak program cakna rakyat di sana iaitu gerai-gerai aktiviti dan pameran oleh Jabatan / Agensi Kerajaan serta khidmat masyarakat oleh Agensi Berkaitan. Penyampaian sumbangan juga turut diadakan oleh beberapa pihak termasuk bantuan IPT bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.