Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »

Kursus Induksi Kakitangan Baru 2016

Jabatan Pembangunan Modal Insan,melalui Unit Latihan & Pembangunan telah mengadakan Kursus Induksi Kakitangan Baru 2016 bagi sesi kemasukan kakitangan bulan Mei 2015 sehingga November 2016 pada 20 & 21 November 2016 bertempat di Sudara Beach Resort, Bachok Kelantan. Seramai 35 orang kakitangan baru yang terlibat dengan kursus tersebut. Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman dan pengetahuan yang lebih jelas kepada kakitangan baru berkaitan visi, misi dan matlamat syarikat. SelainĀ  itu juga untuk memberi perjelasan berkaitan polisi dan prosedur kerja yang perlu difahami oleh kakitangan dalam melaksanakanĀ  kerja agar menepati kehendak syarikat.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh En. Mat Noor Bin Awang selaku Ketua Jabatan Pembangunan Modal Insan dan majlis penutup serta penyampaian sijil tamat kursus telah disempurnakan oleh Pemangku Pengurus Besar AKSB Ir. Hj. Wan Mohd Zamri Bin W. Ismail.

Diharapkan dengan tamatnya kursus ini ianya dapat membantu kakitangan baru dalam meningkatkan motivasi kerja dan secara tidak langsung dapat melahirkan pekerja yang cemerlang.

20161120_091903 20161120_091936 20161121_161509 20161121_161812