Hotline PINTAS: 1-300-88-2572 Aduan Pengguna »

LAWATAN KERJA PENGARAH SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN & DELEGASI KE AKSB PADA 8 NOVEMBER 2016

Pada 8 November 2016, serombongan pegawai tertinggi Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) yang diketuai oleh Pengarahnya En Wan Rasdi bin Wan Ismail serta Pengurus Besar Hj Zulkifli bin Ibrahim dan 6 pegawai kanan yang lain telah melakukan lawatan kerja ke AKSB.

Sempena lawatan kerja tersebut, pihak AKSB telah memberi taklimat mengenai penstrukturan semula industri bekalan air di Negeri Kelantan ke regim PAAB termasuk Perancangan CAPEX meliputi projek-projek bekalan air sedia ada, sedang dilaksanakan serta perancangan projek-projek yang bakal dilaksanakan bagi meningkatkan lagi perkhidmatan bekalan air seluruh Kelantan. Turut disentuh juga sistem rawatan air di Loji Rawatan Air Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan yang menggunakan sumber air bawah tanah melalui telaga jejari atau ‘Horizontal Collector Well’ (HCW) serta proses rawatan air menggunakan konsep ‘non-conventional’ iaitu ‘Ozonation with bubbling floatation method of oxidizing iron & manganese’ tanpa penggunaan bahan kimia. Proses rawatan juga melibatkan penggunaan ‘On-site chlorination using sodium hypochlorite’.

Rombongan SAINS juga telah dibawa melawat Loji Rawatan Air Pintu Geng untuk melihat sendiri secara lebih dekat proses rawatan air di sana menggunakan teknologi sebagaimana diterangkan di atas. Adalah menjadi harapan kami agar maklumat yang diperolehi oleh delegasi SAINS ini dapat dimanafaatkan kerana difahamkan SAINS juga telah pun mengguna proses ozon yang sama dengan proses rawatan air di loji Pintu Geng ini di sebuah loji di Negeri Sembilan tetapi projek tersebut telah dikatakan diberhentikan sementara. Tujuan lawatan delegasi SAINS juga difahamkan untuk melihat dan berkongsi pengalaman AKSB dalam mengurus loji menggunakan teknologi ozon bagi menghidupkan kembali loji yang mengguna teknologi yang sama di Negeri Sembilan tersebut.

img_8876 img_8901img_8939img_8929