Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »

UNIT LATIHAN & PEMBANGUNAN ANJUR KURSUS PENYELENGGARAAN SISTEM BEKALAN AIR & PEMBAIKIAN

Jabatan Pembangunan Modal Insan, Unit Latihan & Pembangunan dengan kerjasama Jabatan Operasi & Pengeluaran telah mengadakan KURSUS PENYELENGGARAAN SISTEM BEKALAN AIR & PEMBAIKIAN pada     28 & 29 November 2016  bertempat di Dewan Emerald 3,Tingkat 1, Hotel Crown Garden Kota Bharu

Kursus ini telah dihadiri oleh semua Jurutera Jajahan dan Ketua Operasi Jajahan dan juga semua Penyelia Unit Agihan jajahan. AKSB juga telah menjemput 20 Tukang paip AVL yang berdaftar dengan AKSB bagi untuk memberi penerangan tentang  Prosedur perlantikan kontraktor Tukang Paip AVL di semua Jajahan dan Sistem Pembayaran Kepada Kontraktor Tukang Paip AVL.

Pada hari pertama AKSB telah menjemput En Zulkifly bin Ahmad Juruteknik Kanan Jabatan Operasi daripada Penang Water Services Academy (PWSA) bagi memberi penerangan kaedah teknikal sistem pembaikian paip air mengikut kaedah yang betul. Pada hari kedua AKSB telah menjemput wakil daripada JKR Kelantan bahagian jalan dan juga Roadcare (M) Sdn. Bhd Building Construction Contractor bahagian jalan bagi memberi penerangan kepada peserta kursus kaedah yang betul sistem penurapan jalan raya utama & bahu jalan selepas pengorekan jalan untuk pembaikian paip AKSB mengikut spesifikasi JKR.

Ketua Jabatan Operasi & Pengeluaran En Mohd Safrurazi Bin Salleh telah hadir bagi memberi ucapan perasmian kursus tersebut manakala ucapan penutup dan penyampaian sijil kepada peserta kursus telah disampaikan oleh Pemangku Pengurus Besar Ir. Hj Wan Mohd Zamri Bin W. Ismail

20161128_111020 20161128_163502 20161129_110545 img_20161129_161336