Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
04 June 2023

KEJOHANAN SUKAN BEKALAN AIR SE MALAYSIA (SBAM) 2016

Kejohanan Sukan Bekalan Air SeMalaysia (SBAM) 2016 telah berlangsung pada 7 – 9 Mei 2016, di Ipoh, Perak, dan Lembaga Air Perak (LAP) merupakan tuan rumah pada tahun ini.

img_9451img_9626img_9706

 

 

 

 

img_9578

 

 

 

 

 

 

AKSB telah menghantar satu kontinjen yang besar, di mana 53 orang telah terpilih untuk mewakili syarikat dalam pelbagai jenis sukan yang dipertandingkan. Ketua Jabatan Pengurusan Modal Insan & Pentadbiran, En Wan Azlan Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Kontinjen AKSB ke SBAM 2016, manakala Timbalan Ketua Kontinjen adalah En Tuan Mohd Fairul Tuan Ismail.

img_9527img_9861

 

 

 

 

 

 

AKSB telah menyertai semua acara yang dipertandingkan, iaitu futsal, badminton, ping-pong, boling, damak, bola jaring serta golf jemputan. Sekalung tahniah kepada pasukan badminton kerana berjaya membawa pulang pingat perak dalam acara berpasukan, manakala bagi acara lain, pasukan AKSB telah terkandas di pusingan suku akhir serta separuh akhir.