AKSB LANCARKAN APLIKASI MUDAH ALIH – MyAKSB
Bermula 15 September 2016, AKSB bakal melancarkan satu aplikasi mudah alih, dikenali sebagai MyAKSB, bagi memberi kemudahan kepada pengguna Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), khususnya untuk mendapatkan maklumat mengenai gangguan bekalan air, maklumat bil semasa, berita terkini dari AKSB dan pautan ke laman web rasmi AKSB. Aplikasi ini boleh dimuat turun ke telefon pintar Android anda melalui Google Play Store.
- MAKLUMAN GANGGUAN
Pengguna aplikasi ini boleh melihat notis gangguan bekalan air berjadual/tidak berjadual di kawasan masing-masing, dan boleh mengambil langkah-langkah penjimatan penggunaan air.
- SEMAKAN BIL
Pengguna aplikasi boleh melakukan semakan bil semasa mereka dengan memasukkan nombor akaun mereka pada skrin/form yang disediakan. Pengguna boleh mendaftarkan kesemua nombor akaun yang mereka ada untuk semakan mereka.
- BERITA TERKINI AKSB
- Pengguna boleh membaca berita-berita terkini dari laman web Air Kelantan Sdn Bhd.
- LAMAN WEB RASMI AKSB
Pengguna juga boleh melayari laman web rasmi AKSB melalui pautan di aplikasi MyAKSB ini.
Langkah-langkah Muat Turun Aplikasi MyAKSB
1- Klik “Play Store” di telefon anda.
2- Taip “myaksb” di carian Play Store.
3- Klik “Install”.
*Muat turun juga boleh dibuat dengan membuat imbasan QR Code ini.
Untuk maklumat lanjut, hubungi PINTAS di talian 1300-88-2572