Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
03 October 2023

MAJLIS TAKLIMAT PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN BEKALAN AIR NEGERI KELANTAN KEPADA ADUN KELANTAN

Majlis taklimat mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Kelantan kepada ADUN / Penyelia DUN Kelantan yang diuruskan bersama dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 3 Oktober 2016 (Isnin) pada jam 2.30 petang di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan oleh YB Dato’ Hj Hanifa bin Ahmad  Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti & Teknologi Maklumat  Negeri Kelantan dan diikuti pula penerangan   oleh pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diketuai oleh Pemangku Pengurus Besar Ir Wan Mohd Zamri bin Wan Ismail  serta Ketua Jabatan Kewangan & Hasil (En Azhar Hanafi), Ketua Jabatan Operasi & Pengeluaran (Hj Mohd Safrurazi Salleh) dan Penasihat Undang-Undang (Pn Ni Eda Salwani bt Nik Sulaiman).

Di antara kandungan taklimat adalah :

  • Latarbelakang penstrukturan semula industri bekalan air
  • Aspek perundangan
  • Aspek pembangunan infrastruktur & Operasi
  • Aspek Kewangan

Diharapkan dengan penerangan yang telah diberikan dapat memberi lebih kefahaman kepada  ADUN & Penyelia DUN di Kelantan.

img_5200 img_5230

img_5221img_5216