Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
22 June 2018

KEMPEN SAMBUNG SEMULA BEKALAN AIR SECARA PERCUMA

Dimaklumkan bahawa Air Kelantan Sdn Bhd telah melanjutkan Kempen Sambung Semula Bekalan Air Secara Percuma bagi akaun yang telah dipotong, bermula 01/01/2018 sehingga 30/06./2018.

Pemilik rumah yang mempunyai hutang tertunggak bagi akaun air yang telah dipotong dahulu, boleh menyertai kempen ini dengan menjelaskan 20% dari hutang tertunggak atau bayaran minima RM50.00 mana yang lebih tinggi. Baki tunggakan boleh bayar secara ansuran dalam tempoh 4 bulan berikutnya.