Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
24 September 2021

KASA TELITI NAIK TARAF LRA SEDIA ADA DI SEMPADAN NEGERI – BERITA BERNAMA

KOTA BHARU, 3 Sept — Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang meneliti langkah menaik taraf keupayaan kapasiti loji rawatan air (LRA) sedia ada di setiap kawasan sempadan bagi meningkatkan bekalan air ke negeri berhampiran.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara ini sekali gus dapat mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan berbanding membina LRA yang baharu untuk meningkatkan bekalan sumber asli itu.

“Daripada kita membina satu loji baharu yang memakan kos besar lebih baik kita naik taraf loji sedia ada (di kawasan sempadan) untuk dibekalkan ke kawasan negeri-negeri yang berhampiran.

“Kita bukan hanya berkongsi air terawat termasuk juga sumber air sebab air di sempadan ini perlu dimanfaatkan antara dua negeri,” katanya kepada pemberitaselepas mengadakan lawatan kerja di LRA Kampung Telok, Panji, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata pihaknya dalam perbincangan dengan kerajaan Terengganu dan Kelantan untuk meneroka potensi LRA sedia ada di kawasansempadan seperti di Besut, Terengganu yang boleh menyalurkan bekalan air ke jajahan Pasir Puteh.

Mengenai lawatannya, beliau berkata LRA Kampung Telok yang melibatkan keupayaan kapasiti air sebanyak 32 juta liter sehari itu, dijangka mula beroperasi awalNovember ini dan akan memanfaatkan 15,000 pengguna melibatkan kawasan Kota Bharu dan Bachok.

“Pembinaan LRA ini membabitkan peruntukan secara keseluruhan sebanyak RM46 juta dan setelah ia siap dalam masa yang ditetapkan maka ia dapatmenyelesaikan masalah air yang ditampung Loji Chicha di kawasan Bachok,” tambahnya.

 

SUMBER BERNAMA :