Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
24 September 2021

CSR AKSB 2021 PROGRAM PEMASANGAN PAIP SEPANJANG 600 METER DI KG UJONG, PALEKBANG, TUMPAT

Sekitar program pemasangan paip bersaiz 155 mm (6inci) sepanjang 600 meter yang sedang giat dilaksanakan oleh RAJD(AW) yang juga merupakan kakitangan AKSB dan bertanggungjawab melaksanakan satu lagi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) AKSB tahun 2021 bertujuan memasang paip untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk Kg Ujong, Palekbang.
AKSB juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terlibat dalam menjayakan program ini termasuk Pejabat Menteri Besar Kelantan, Markas RAJD PAKAR (AW), SUK BKI, SPAN,JKR Tumpat, Majlis Daerah Tumpat dan juga lawatan ke lokasi pada 2/9/2021 oleh pegawai tinggi Markas RAJD Pakar (AW).