Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
30 November 2021

Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat Negeri Kelantan 2021 dan telah dirasmikan oleh YB Hj. Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi,Teknologi Hijau dan Alam Sekitar

21/10/2021@Pasir Puteh. Sekitar Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat Negeri Kelantan 2021. Perasmian telah diadakan pada hari Khamis 21 oktober 2021 dari jam 9.00pagi-11.00 pagi di Taman Rekreasi Bukit Gedombak Pasir Puteh Kelantan dan telah dirasmikan oleh YB Hj. Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi,Teknologi Hijau dan Alam Sekitar. Selain daripada ucapan perasmian, demonstrasi penggunaan alat pengukuran in-situ simbolik kepada kempen denai sungai peringkat Negeri Kelantan, acara Balingan Mudball, pelepasan benih ikan serta kempen program 1Ras 1Pokok peringkat Negeri Kelantan telah diadakan pada pagi tersebut. Dimaklumkan juga bersempena sambutan hari Alam Sekitar Negara 2021, Jabatan Alam Sekitar akan melaksanakan pelbagai aktiviti sebagai usaha berterusan untuk menerap dan meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia. HASN disambut pada setiap 21 Oktober. Sambutan HASN peringkat Negeri Kelantan adalah bertujuan mengajak seluruh masyarakat agar sama-sama meraikan kecintaan kepada alam sekitar. Tema HASN pada tahun ini adalah “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”. Majlis perasmian ini juga turut dihadiri wakil daripada Air Kelantan Sdn Bhd.