Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
28 January 2022

Kerjasama yang baik telah diberikan dalam memastikan pembangunan bekalan air khususnya kawasan luar bandar tidak ketinggalan

14/12/21@Kota Bharu. Pelbagai usaha telah diambil oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam merancang pembangunan bekalan air Negeri Kelantan termasuk memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Kerjasama yang baik telah diberikan dalam memastikan pembangunan bekalan air khususnya kawasan luar bandar tidak ketinggalan. Delegasi Kementerian Pembangunan Luar Bandar, AKSB, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan dan Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan

membuat lawatan tapak ke lokasi loji baharu yang dicadangkan, loji rawatan air kg tok jaafar iaitu di medan Telaga Tok Jaafar Kota Bharu dan loji rawatan air kg pengkalan nangka di Sg Pengkalan Nangka, Tumpat.