Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
10 August 2022

Kunjungan hormat Pengurus Besar AKSB ke Pejabat Dato’ Sri Dr.Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia

31/12/21-Kunjungan hormat Pengurus Besar AKSB ke Pejabat Dato’ Sri Dr.Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia yakni sebuah jabatan yang beroperasi di bawah Jabatan Perdana Menteri bertujuan menghasilkan statistik yang berintegriti dan sahih dalam bidang ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar yang digunakan terutamanya oleh Kerajaan sebagai input dalam pembentukan, penilaian dan semakan semula dasar awam negara. Jabatan Perangkaan Malaysia juga merupakan agensi utama kerajaan yang dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta

menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.

Ianya juga berperanan sebagai agensi utama dalam bidang perangkaan kearah sistem maklumat yang bermutu, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa, untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara. Kunjungan kerja pada hari ini adalah bertujuan untuk menjalinkan kerjasama diantara AKSB dan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi meningkatkan perkhidmatan AKSB.