Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
30 May 2023

Satu kebocoran pada paip air mentah jenis grp glass reinforced pipe bersaiz 1100mm diameter di laluan kampung belukar telah berlaku secara luar jangka dan telah dengan segera dikenal pasti lebih kurang  jam 9.00 pagi hari ini oleh team AKSB jajahan Machang

30/1/2022@Machang

Satu kebocoran pada paip air mentah jenis grp glass reinforced pipe bersaiz 1100mm diameter di laluan kampung belukar telah berlaku secara luar jangka dan telah dengan segera dikenal pasti lebih kurang  jam 9.00 pagi hari ini oleh team AKSB jajahan Machang. Hasil pemeriksaan di tapak di dapati bahawa kerja-kerja pembaikian perlu dilaksanakan oleh kontraktor pakar dan memerlukan  pembinaan penahan (sheet pile) kerana kedalaman paip adalah sekitar 12 kaki dari paras tanah.

 

Kerja-kerja pembaikian dijangka akan memakan masa selama 3 hingga 4 hari bergantung kepada keadaan  ditapak.

 

Kemungkinan akan terdapat sedikit pengurangan bekalan air mentah untuk diproses namun pihak AKSB akan sedaya upaya  mengawal situasi agar tidak banyak menjejaskan pengeluaran air terawat dari loji.

 

Inn Shaa Allah semasa proses pembaikian dilaksanakan nanti AKSB akan mendapatkan bantuan tambahan lori tangki termasuk dari operator-operator negeri lain sekiranya diperlukan.

 

Pengguna disarankan untuk menyimpan air secukupnya dan  menggunakan air secara berhemah.

Sebarang aduan berkaitan gangguan bekalan air boleh dibuat melalui talian PINTAS 15777 atau whatsapp ke 019-5755777.