Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
09 February 2023

Status terkini kebocoran paip air mentah LRA Merbau Chondong

Status terkini kebocoran paip air mentah LRA Merbau Chondong.

 

1/2/2022@Machang. Bekalan air terawat dari LRA Merbau Chondong masih di paras normal (65 juta liter sehari) yang disalurkan kepada pengguna-pengguna di jajahan Machang, Pasir Puteh dan sebahagian Kota Bharu Selatan.

 

AKSB mengambil langkah-langkah awal dengan menggerakkan tambahan lori-lori tangki milik AKSB dari jajahan-jajahan lain dan menambah lori air kontrak (LAK) sewaan khas di bawah peruntukan Kerajaan Negeri ke Machang. Beberapa lori tangki  bantuan tambahan daripada operator air negeri lain seperti dari Terengganu dan Pahang masing -masing menghantar  dua buah lori tangki serta kakitangan juga mulai tiba hari ini  bagi tujuan membantu AKSB mengagih air kepada pengguna sepanjang proses pembaikian. Bantuan lori tangki tambahan dari operator negeri-negeri lain seperti Selangor dan Perak juga dijangka akan tiba pada 3 Februari 2022 Inn Shaa Allah.

 

Pengguna disarankan juga untuk menyimpan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah. Sebarang aduan berkaitan bekalan air boleh dibuat menggunakan talian PINTAS 15777 atau whatsapp ke 019-5755777.