Lawatan YB Menteri KASA, SPAN, PAAB dan AKSB ke lokasi paip air mentah yang pecah di Kg.Belukar,Merbau Chondong , Machang 3 Februari 2022 (Tengahari)
3/2/2022 Tengahari @Machang.
Selepas taklimat oleh AKSB di LRA Merbau Chondong, YB Menteri Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man serta rombongan dari KASA, SPAN , PAAB dan AKSB telah membuat lawatan ke lokasi paip pecah di Merbau Chondong Machang bagi meninjau serta mendapat taklimat persediaan kerja-kerja pembaikian paip air mentah jenis GRP bersaiz 1100mm yang pecah/bocor dan persediaan awal yang telah dirancang oleh pihak AKSB berkenaan proses pembaikian yang akan dilaksanakan