Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
09 February 2023

STATUS SEMASA DI TAPAK PEMBAIKIAN DAN AKTIVITI TEAM LORI TANGKI SEJAK PAGI TADI

5/2/2022@Machang.

Kerja -kerja awal di tapak pembaikian telah dimulakan dengan memasang “sheet pile” disekitar paip yang pecah.

 

Pemasangan “sheet pile” bertujuan memperkemaskan struktur tanah sekeliling bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

 

Penggalian sedalam -/+12kaki di kawasan tersebut perlu dilakukan untuk membolehkan pembaikian kebocoran paip Grp 1100mm dapat dicapai dan dilakukan oleh kontraktor pakar.

 

Bagi tujuan pembaikian tersebut, pam air mentah di telaga hcw perlu ditutup sementara. Walaubagaimanapun bekalan air mentah yang disimpan di loji sebelum pam ditutup masih ada untuk dirawat serta disalurkan kepada pengguna.

 

Selepas penutupan pam di sg bagan, loji akan beroperasi dgn kapasiti 30mld.

 

Tekanan dan pengeluaran air dari loji pemprosesan dijangkakan akan sedikit menurun dan secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada kawasan hujung agihan air. Bagi mengatasi perkara tersebut, AKSB telah lebih awal menyediakan tangki-tangki statik terutamanya di kawasan-kawasan hujung agihan sejak beberapa hari lalu dan menyediakan lori -lori tangki bagi menghantar bekalan air secara alternatif sepanjang proses pembaikian dilakukan.

 

Selain daripada lori -lori tangki milik AKSB serta lori -lori sewaan khas (LAK), Team AKSB turut dibantu oleh 14 buah lori tangki milik operator -operator air dari negeri Terengganu, Pahang, Johor, Perak dan Selangor serta lain-lain pihak.

 

Pengguna diharapkan agar menyimpan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah. Sebarang aduan berkaitan bekalan air sila hubungi PINTAS di talian 15777 atau whatsapp ke 019-5755777.