Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 May 2022

WATER TANKER WARRIORS

10/2/2022@ Machang.

Selepas hampir seminggu berada di bumi Kelantan Darul Naim, Segala Kudrat yang ada telah dicurahkan sepenuhnya kepada sesama insan yang baru ditemui dan dikenali di Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu Selatan bagi mengagihkan bekalan air dari awal pagi hingga lewat malam ke seluruh tangki-tangki statik dan tangki-tangki pengguna terus menerus dengan giat dan ikhlas oleh para ” water tanker warriors ” yang tidak pernah mengenal erti penat lelah, sentiasa bergerak di atas semangat satu pasukan tanpa mengira masa serta dengan sukarela meninggalkan keluarga dan kampung halaman semata-mata bagi menabur bakti sesama insan. Inn Shaa Allah jasa kalian akan kami sanjungi dan hargai sentiasa.

Hari ini merupakan hari pelepasan pulang semua para sukarelawan lori lori tangki dari SATU, PAIP, LAP, RANHILL SAJ dan AIS ke negeri masing masing.

Semoga segala jasa anda semua dibalas dengan yang terbaik oleh ALLAH SWT serta kalian sentiasa dalam affiyyah dan selamat dalam sepanjang perjalanan pulang ke negeri masing masing.

Terima Kasih ” Water Tanker Warriors” .. JazakAllah khairan khatiran.