Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
01 December 2022

Sekitar lawatan kerja YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air ke Projek Program Non Revenue Water (NRW) Nasional Pendekatan 1 Negeri Kelantan yang terdiri daripada 2 pakej dan merupakan projek sambungan Rancangan Malaysia ke 11 yang bermula Februari 2020 dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2023.

11/2/2022@ Pasir Tumbuh.

YB Menteri dalam kenyataan medianya menyatakan bahawa objektif pelaksanaan program ini bertujuan menaiktaraf fasiliti asas pengukuran kadar NRW yang lebih tepat.

YB Menteri juga menyatakan bahawa pelaksanaan program ini terdiri daripada 4 skop kerja iaitu penggantian dan pemasangan meter System Input Volume (SIV), penukaran meter pengguna, pembangunan Geografical Information System (GIS) dan membaiki/menukar tangki-tangki lama yang telah bocor/rosak. Projek -projek ini melibatkan keseluruhan daerah di Negeri Kelantan.

Lawatan hari ini adalah bagi meninjau dan memantau kemajuan pelaksanaan salah satu projek di bawah Pakej 2 yang melibatkan 53 penggantian/pembaikian tangki di sekitar jajahan Kota Bharu, Tumpat, Machang, Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah dan Gua Musang.

Pada masa ini kerja-kerja pembinaan sedang giat dilaksanakan dan kemajuan fizikal semasa projek adalah 35.16%. Setelah projek penggantian/pembaikian tangki siap, peningkatan kapasiti storan sebanyak 31.2 juta liter akan memberi manfaat kepada 175,000 pengguna. Manakala penukaran 56,000 meter air akan memberikan bacaan yang lebih tepat terhadap penggunaan air. Secara keseluruhan, program ini akan meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan dan kawalan NRW di Negeri Kelantan.