Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
30 November 2022

WATER TANKER WARRIORS @ GUA MUSANG

11/2/2022 @ Gua Musang.

Setelah hampir seminggu  menyantuni warga Machang, Pasir Puteh dan Kota Bahru Selatan, Water Tanker Warriors yang dalam perjalanan pulang ke negeri masing masing telah sekali lagi melakukan misi bantuan dan kali ini di Gua Musang. Team bantuan Operator Air dari negeri Selangor (AIS), Perak (LAP) dan Pahang (PAIP) telah selamat tiba di bandar Gua Musang malam kelmarin dalam misi membantu mengagihkan air ke kawasan kawasan terkesan serta membantu Team AKSB Gua Musang yang sedang berusaha membuat kerja kerja kecemasan pengisian air ke Tangki Bandar Utama Gua Musang dengan kapasiti Satu Juta Gelen sebagaimana notis yang telah dimaklumkan pada 9/2/2022 sebelum ini. Pagi ini sesi taklimat telah diadakan sebelum semua team bergerak. Semoga segala gerak kerja kalian diPermudahkan ALLAH SWT

.