Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 September 2022

Atas keperihatinan dan atas dasar tanggungjawab sosial korporat pihak AKSB turut terpanggil untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas.

3/3/2022@Pasir Mas.
Alhamdulillah banjir mulai surut di beberapa kawasan di Pasir Mas dan ramai mangsa banjir yang telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Kawasan Perumahan Taman Prima dan Perumahan Taman Desa Wira Jaya, Lubok Jong Pasir Mas adalah antara kawasan yang terjejas teruk dengan banjir kali ini. Atas keperihatinan dan atas dasar tanggungjawab sosial korporat pihak AKSB turut terpanggil untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas. Pihak AKSB yang diketuai Team AKSB Pasir Mas akan mula membuat flushing dikawasan-kawasan perumahan serta membuat penghantaran air melalui lori tangki bagi tujuan kegunaan domestik dan pembersihan. Team AKSB Pasir Mas turut dibantu oleh Team AKSB Tumpat dalam penghantaran air ke kawasan-kawasan yang memerlukan. Pada malam ini juga lori tangki daripada AKSB Tanah Merah akan turut serta membantu agihan air terawat kepada pengguna di Pasir Mas. Mudah-mudahan segala urusan pembersihan dan pencucian di kediaman masing-masing dipermudahkan Allah SWT dan mudah -mudahan dengan agihan air di bawah tanggungjawab sosial korporat AKSB ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban para penduduk membersihkan dan mencuci kesan banjir di kediaman masing -masing.