Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 September 2022

Sambutan Hari Air Sedunia 2022

22/3/2022@Tumpat

Sempena Hari Air Sedunia yang disambut seluruh dunia yang pertama kali diraikan pada 22/12/1992 sebagaimana ketetapan sidang umum PBB yang ke-47 di Rio De Jeneiro, Brazil dan tema pada tahun ini adalah “Groundwater: Making the invisible visible”. Ia sebagai satu bentuk peringatan kepada seluruh dunia untuk sama sama melakukan usaha pelestarian sumber air serta dalam masa yang sama mengekalkan ekosistem seperti menjaga kebersihan alam sekitar dan menghijaukan bumi dengan menanam pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan.

Pada hari ini, AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat meneruskan Program Tanggungjawab sosial Korporat AKSB sempena sambutan Hari Air Sedunia 2022 di Pantai Geting Tumpat. Program berlangsung dalam cuaca yang agak baik dari pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Antara aktiviti program yang dijalankan termasuklah aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan pantai, penanaman semula anak pokok rhu (sumbangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan juga penanaman pokok kelapa(sumbangan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan).

Seramai 20 kakitangan AKSB dan 10 pelatih praktikal yang diketuai oleh Puan Nik Eda Salwanee Bt Nik Sulaiman Ketua Unit Komunikasi Korporat yang terlibat dalam program ini. Ia juga turut disertai oleh 10 orang wakil Majlis Daerah Tumpat dan Ketua Kampong Pantai Geting bagi membantu menjayakan program tersebut.

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan AKSB mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kita bersama-sama menjaga dan menghargai khazanah alam termasuk sumber air bawah tanah agar sentiasa bersih dan terjaga supaya ianya dapat berterusan menjadi sumber bekalan air bersih serta pelestarian ekosistem pada setiap masa.

PENYAMPAIAN  SIJIL PENYERTAAN SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2022 KEPADA PELATIH PRAKTIKAL

Seramai 10 orang pelatih praktikal yang terpilih dari pihak AKSB dalam sambutan hari air sedunia yang diadakan di Pantai Getting, Tumpat pada 22 Mac 2022 pada tahun ini. Mereka telah bersama Team AKSB, majlis daerah Tumpat dan wakil penghulu Mukim Getting turut sama  membersih sekitar kawasan pantai Getting sempena meraikan sambutan Hari Air Sedunia..

Pada 31 Mac 2022, pihak AKSB melalui Puan Nik Eda Salwanee Bt Nik Sulaiman, Ketua Unit Komunikasi Korporat telah menyampaikan sijil penyertaan kepada 10 orang pelatih praktikal yang terlibat dalam program tersebut.

Pihak AKSB berharap pelatih praktikal terus komited dalam melaksanakan tugasan selepas tamat latihan  dan tidak lupa juga untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.