Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 May 2022

PROGRAM AMBANG RAMADAN – BINGKISAN AGIHAN AIR MINERAL UNTUK JEMAAH MASJID DI MASJID MUKIM ALOR PASIR,WAKAF BARU PADA 23 MAC 2022 BERSAMAAN 20 SYAABAN 1443H

 23/3/2022@Wakaf Bharu, Tumpat.
Program Ambang Ramadan seperti tahun sebelum ini di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) diteruskan lagi pada tahun ini dengan dimulai agihan sumbangan di Masjid Alor Pasir, Wakaf Bharu, Tumpat. AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat telah menyampaikan sedikit sumbangan bagi Pembinaan Bangunan Baharu Masjid Mukim Alor Pasir kepada Imam Tua Masjid, Hj. Aziz Bin Mohamad yang turut dihadiri Setiausaha Masjid, En. Johari Bin Ab. Rahman yang disampaikan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat Puan Nik Eda Salwanee Nik Sulaiman. AKSB pada lawatan yang sama turut menyumbangkan bekalan air mineral untuk Program Ihya’ Ramadan masjid berkenaan.
Memandangkan proses pembinaan sedang dijalankan maka sebarang sumbangan orang ramai adalah amat dialu-alukan oleh pihak masjid. Sesiapa yang ingin turut sama berinfak bagi pembinaan masjid berkenaan sambil mengambil keberkatan bulan Ramadan yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi boleh menghubungi sendiri pihak masjid. Maklumat adalah sebagaimana poster dibawah.

Akhir kalam, pihak AKSB mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan semoga segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan tersebut diterima Allah SWT