PROGRAM AMBANG RAMADAN – BINGKISAN AGIHAN AIR MINERAL UNTUK JEMAAH MASJID AS SALAM, PENGKALAN CHEPA PADA 27 MAC 2022 BERSAMAAN 24 SYAABAN 1443H
27/3/2022@ Pengkalan Chepa, Kelantan
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada tahun ini (Program Ambang Ramadan) diteruskan lagi dengan mengagih air mineral di Masjid As Salam, Pengkalan Chepa. Sumbangan ini telah disampaikan melalui Unit Komunikasi Korporat AKSB kepada Imam Masjid iaitu Ustaz Bahrin.
Seterusnya, tambahan sumbangan seperti anak pokok rhu juga telah diberikan kepada pihak masjid bertujuan untuk lebih menceriakan kawasan persekitaran masjid.
Pihak AKSB mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan semoga ibadah yang dilakukan sepanjang bulan diterima Allah SWT.