Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 May 2022

PROGRAM AMBANG RAMADAN – BINGKISAN AGIHAN AIR MINERAL UNTUK JEMAAH MASJID MUHAMMADI (KOTA BHARU) PADA 27 MAC 2022 BERSAMAAN 24 SYAABAN 1443H

27/3/2022@ Kota Bharu, Kelantan

Program Ambang Ramadan diteruskan lagi di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada tahun ini dengan mengagih air mineral di Masjid Muhammadi (Kota Bharu) pada 27 Mac 2022 bersamaan 24 Syaaban 1443H. AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Bilal Masjid Muhammadi (Kota Bharu) iaitu Ustaz Qais. Sumbangan telah disampaikan oleh En. Hazwan Bin Hassan, Eksekutif Komunikasi Korporat AKSB dan beberapa wakil AKSB yang terlibat.

Masjid Muhammadi merupakan masjid yang terkenal di Malaysia secara amnya, dan secara khususnya di Kelantan. Ia merupakan Masjid Negeri dan terletak di Kota Bharu. Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai “Masjid Besar” di kalangan sesetengah rakyat Kelantan.

Mudah-mudahan dengan sumbangan kecil  ini dapat dimanfaatkan oleh masjid dan qariah masjid. Pihak AKSB mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan semoga segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan tersebut diterima Allah SWT.