Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 September 2022

PROGRAM AMBANG RAMADAN – BINGKISAN AGIHAN AIR MINERAL UNTUK JEMAAH MASJID MUKIM CHEKOK, PENGKALAN CHEPA PADA 27 MAC 2022 BERSAMAAN 24 SYAABAN 1443H

27/3/2022@ Pengkalan Chepa, Kelantan

Program Ambang Ramadan diteruskan lagi di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada tahun ini dengan mengagih air mineral di Masjid Mukim Chekok, Pengkalan Chepa. AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Imam tua Masjid iaitu Haji Mokhtar. Sumbangan telah disampaikan oleh En. Hazwan Bin Hassan, Eksekutif Komunikasi Korporat AKSB dan beberapa wakil AKSB yang terlibat.

Selain itu, bagi menceriakan kawasan persekitaran masjid, AKSB turut menyerahkan  anak pokok rhu kepada pihak masjid.

AKSB mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan semoga segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan tersebut diterima Allah SWT.