Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
01 June 2023

PROGRAM AMBANG RAMADAN – BINGKISAN AGIHAN AIR MINERAL UNTUK JEMAAH MASJID MUKIM TIONG PADA 28 MAC 2022 BERSAMAAN 25 SYAABAN 1443H

28/3/2022@ Pasir Tumboh, Kota Bharu

Program Ambang Ramadan diteruskan lagi di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada hari ini dengan mengagih air mineral di Masjid Mukim Tiong pada 28 Mac 2022 bersamaan 25 Syaaban 1443H. AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Tok Siak Masjid iaitu Baharuddin Bin Ahmad Jalaluddin. Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Mohd Nor Bin Tuan Yahya, Penyelaras perhubungan khas, Unit Komunikasi Korporat  dan beberapa wakil AKSB yang terlibat.

Akhir kalam, pihak AKSB mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan semoga segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan tersebut diterima Allah SWT.