Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 September 2022

Memandangkan kerosakan pada VSD HCW No 2 Semuba Pasir Mas, Kelar sedang giat dibaiki oleh Team M & E dan Team Jajahan Pasir Mas, yang mana pada jangkaan awal pembaikian adalah dalam jangkamasa 24 jam, namun semasa pembaikian dilakukan terdapat beberapa isu teknikal lain yang dikenal pasti yang juga perlu diatasi segera semasa pembaikian.

30/3/2022@Pasir Mas.

Memandangkan kerosakan pada VSD HCW No 2 Semuba Pasir Mas, Kelar sedang giat dibaiki oleh Team M & E dan Team Jajahan Pasir Mas, yang mana pada jangkaan awal pembaikian adalah dalam jangkamasa 24 jam, namun semasa pembaikian dilakukan terdapat beberapa isu teknikal lain yang dikenal pasti yang juga perlu diatasi segera semasa pembaikian. Ini menyebabkan pembaikian mengambil masa yang lebih dari jangkaan awal. Pada ketika ini Team pembaikian sedang bertungkus lumus membaiki kerosakan berkaitan bagi membolehkan proses rawatan air di LRA Kelar dapat dioptimakan kembali. Dalam masa yang sama memandangkan terdapat pengurangan pengeluaran, pihak jajahan AKSB Jajahan Pasir Mas telah mengambil langkah proaktif menggerakkan Lori Air Kontrak (LAK) ke kawasan-kawasan terkesan terutama kawasan-kawasan hujung paip agihan. Pengguna boleh menghubungi pejabat Jajahan Pasir Mas atau menelefon 15777 atau membuat aduan didalam myAKSB untuk bantuan penghantaran air secara alternatif sekiranya diperlukan. Terima kasih.