Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 May 2022

PROGRAM AMBANG RAMADAN – BINGKISAN AGIHAN AIR MINERAL UNTUK JEMAAH MASJID MAHMUDIAH DEWAN BETA PADA 30 MAC 2022 BERSAMAAN 27 SYAABAN 1443H

30/3/2022@Kota Bharu.

Program Ambang Ramadan seperti tahun sebelum ini di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) diteruskan lagi pada tahun ini dengan agihan sumbangan air mineral di Masjid Mahmudiah Dewan Beta. AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Pembantu Siak Masjid iaitu Che Zahari Bin Sulaiman. Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Nik Eda Salwanee Nik Sulaiman, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan beberapa wakil AKSB yang terlibat.

Memandangkan proses pembinaan kubah masjid sedang dijalankan maka sebarang sumbangan orang ramai adalah amat dialu-alukan oleh pihak masjid. Sesiapa yang ingin turut sama berinfak bagi pembinaan masjid berkenaan sambil mengambil keberkatan bulan Ramadan yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi boleh menghubungi sendiri pihak masjid sebagaimana maklumat dibawah.

Akhir kalam, pihak AKSB mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan semoga segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini diterima Allah SWT.