Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 May 2022

PROGRAM AMBANG RAMADAN – BINGKISAN AGIHAN AIR MINERAL UNTUK JEMAAH MASJID MUKIM KADOK PADA 30 MAC 2022 BERSAMAAN 27 SYAABAN 1443H

30/3/2022@ Kadok, Kelantan

Program Ambang Ramadan diteruskan lagi di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada hari ini dengan mengagih air mineral di Masjid Mukim Kadok pada 30 Mac 2022 bersamaan 27 Syaaban 1443H. AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Ahli Jawatankuasa Masjid iaitu Mohd Afande Bin Jumin. Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Nik Eda Salwanee Nik Sulaiman, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan beberapa wakil AKSB yang terlibat.

Perasmian Masjid Mukim Kadok daripada Masjid Mukim ke Masjid Daerah dalam Gred A akan dirasmikan pada hari Sabtu (2 April 2022).

Pihak AKSB mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan semoga segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan tersebut diterima Allah SWT