Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 May 2022

PROGRAM AMBANG RAMADAN – BINGKISAN AGIHAN AIR MINERAL UNTUK JEMAAH MASJID SULTAN MANSOR, KOTA BHARU PADA 30 MAC 2022 BERSAMAAN 27 SYAABAN 1443H

30/3/2022@ Kota Bharu

Program Ambang Ramadan adalah merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat  (CSR) AKSB  di mana agihan air mineral di Masjid Sultan Mansor, Kota Bharu diserahkan kepada Imam Muda Masjid tersebut iaitu, Ustaz Mohd. Zulhilmi Bin Abdullah oleh wakil AKSB, Puan Nik Eda Salwanee Nik Sulaiman, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan beberapa wakil AKSB yang terlibat pada 30 Mac 2022.

Masjid ini siap dibina pada 1 Februari 1985. Ia dirasmikan pada 5 April 1985 oleh KDYMM Sultan Ismail Petra. Masjid ini pada mulanya diberi nama Masjid Kampung Sireh, bersempena dengan nama kampung tempat masjid ini dibina, iaitu Kampung Sireh. Pada bulan Oktober 2013 nama masjid ini ditukar kepada Masjid Sultan Mansor mengambil sempena nama salah seorang daripada raja-raja pemerintah Kelantan.

Masjid Sultan Mansor terletak di Jalan Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Lokasi Masjid ini sangat strategik kerana kedudukannya dalam Bandar Kota Bharu dan berdekatan dengan jalan-jalan utama, di samping berada di tengah-tengah laluan perjalanan kenderaan awam. Keluasan masjid ini lebih kurang 1 ekar. Ruang solat masjid dapat menampung sehingga 1500 jemaah dalam satu masa. Pihak AKSB mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan semoga segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan tersebut diterima Allah SWT.