Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 May 2022

PROGRAM AMBANG RAMADAN – BINGKISAN AGIHAN AIR MINERAL UNTUK JEMAAH MASJID SULTAN MUHAMMAD II TELIPOT, KOTA BHARU PADA 30 MAC 2022 BERSAMAAN 27 SYAABAN 1443H

30/3/2022@Telipot, Kota Bharu

Program Ambang Ramadan diteruskan lagi di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada tahun ini dengan mengagih air mineral di Masjid Sultan Muhammad ll Telipot, Kota Bharu pada 30 Mac 2022 bersamaan 27 Syaaban 1443H. Masjid ini mempunyai sejarah tersendiri di mana ianya  telah dirancang untuk dibina susulan 2 masjid utama yang ada di Kota Bharu iaitu Masjid Muhammadi dan Masjid Langgar yang berusia lebih 100 tahun pada ketika itu tidak lagi mampu menampung jumlah kapasiti penduduk untuk mengerjakan solat, terutamanya Solat Jumaat dan Solat Hari Raya. Tapak yang dicadangkan oleh MAIK adalah merupakan bekas tapak Pejabat Pertanian. Tapak Masjid Sultan Muhammad ll Telipot, Kota Bharu diluluskan dengan rasminya oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1978 setelah tinjauan dan cadangan dikemukakan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan ketika itu, Allahyarham Dato’ Hj. Ishak Lotfi bin Omar. Maka terbinalah masjid ini  pada tahun 1978.

AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat telah menyampaikan sedikit sumbangan air mineral  kepada wakil masjid tersebut iaitu En Wan Amirul Arif. Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat, Puan Nik Eda Salwanee Nik Sulaiman dan beberapa wakil AKSB.

Pihak AKSB mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak  dan semoga segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan yang penuh dengan keberkatan ini  diterima Allah SWT.