Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »
25 September 2022

Pelanggan ‘hutang’ RM33 juta dengan AKSB

KOTA BHARU – Sebanyak RM33 juta bil air yang masih tertunggak dan gagal dilunaskan oleh pelanggan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor berkata, jumlah tersebut melibatkan tunggakan sehingga Februari tahun ini.

“Jadi saya berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dapat turun padang dan memberitahu rakyat supaya melunaskan tunggakan ini.

“Untuk maklumat keseluruhan pengguna AKSB di Kelantan adalah seramai 271,876 pengguna,” katanya semasa menjawab soalan Rohani Ibrahim (Pas-Tanjong Mas) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, pada Khamis.

Sebelum itu Rohani ingin mengetahui sejauh mana kemajuan program pertukaran paip Asbestos Cement AC berusia lebih 35 tahun sepanjang 4,006 kilometer (km) dengan kos RM1.3 bilion bermula tahun 2018 hingga 2030.

Mengulas lanjut berhubung projek itu, Azami berkata, panjang paip berusia 35 hingga 40 tahun yang perlu ditukar adalah 4,006km dan program pertukaran paip itu dilakukan menerusi pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

ADUN Kadok itu berkata, bagi tahun 2018, pihaknya sudah menyiapkan 241km untuk tiga jajahan iaitu Kota Bharu, Gua Musang dan Tumpat.

“Pada 2019 pula, kita menyiapkan sepanjang 225km membabitkan empat daerah iaitu Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/195604/EDISI/Pelanggan-hutang-RM33-juta-dengan-AKSB
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

https://www.sinarharian.com.my/article/195604/EDISI/Pelanggan-hutang-RM33-juta-dengan-AKSB

Lain sumber :
Berita Harian : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/940551/tunggakan-bil-air-di-kelantan-rm33-juta

MalaysiaKini : https://www.malaysiakini.com/news/616462

HarianMetro : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/03/826865/rm33-juta-tunggakan-bil-air-di-kelantan

Astro Awani : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rm33-juta-tunggakan-bil-air-aksb-masih-belum-dijelaskan-exco-354554

Bernama : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2067630

TheSunDaily : https://www.thesundaily.my/local/subscribers-in-kelantan-owe-aksb-rm33-mln-in-unpaid-water-bills-HB9021009

Utusan : https://www.utusan.com.my/terkini/2022/03/bil-air-kurang-rm30-dikecualikan-sepanjang-ramadan/

UtusanTimur : https://utusantimur.com/2022/03/31/rm33-juta-tunggakan-bil-air-di-kelantan/